Saturday 11 May 2013

pengaruh rakan sebaya.

okay this is a serious topic.

ehem. assalamualaikum :D

tengah buat apa tu? well, seems you tengah baca this post, saya boleh andaikan yang anda sedang duduk depan your lappy or what, surfing the internet. tapi di mana? di rumah? di kedai mamak yang ada wifi? atau di cyber cafe? 


wahh kenapa pulak tetiba tanya tengah buat apa bagai ni kan?
haha
tak lah, saja je.. nak kaitkan dengan satu cerita ni. sebab siang tadi ada berlaku satu drama kat umah. nak tau apa? 
lets..


Jarum jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Kelibat Akmal masih tak muncul lagi. Pelajar lain semua dah mula kelihatan bermain di halaman rumah masing-masing. Dah pun memakai baju biasa, bukan lagi baju rumah sukan sekolah. Mungkin juga sudah selesai mandi dan makan tengah hari. Maklumlah, penat berlari pagi tadi sempena acara marathon di sekolah. Muka masing-masing pun dah gelap dibakar dek sang matahari. Kesian.

Ibu jadi makin risau. "Mana pulak budak sorang ni" kata ibu. Kehulu Kehilir dari tadi. Risaukan anak bongsunya yang sorang tu tak balik-balik dari tadi. Kalau nak diikutkan, sepatutnya acara marathon tu dah pun habis seawal jam 11 pagi. Yelah, bukannya jauh sangat pun lari. Memang tak logik kalau sampai tengah hari. Lagipun budak lain semua dah berlegar-legar kat kawasan perumahan ni. Ada juga ibu tanya kawan-kawan Akmal, ada tak nampak dia? Tapi tak ada sorang pun yang tahu.

Dah pukul 2 petang. Ibu makin risau. Apalagi, ibu pun suruh abah pergi cari dia. Merata abah pergi, dari kawasan sekolah, ke Greenwood dan Giant. Tapi masih tak nampak kelibat dia. Dalam masa yang sama ibu ada juga telefon kawan-kawan Akmal yang lain. Ada seorang ibu yang juga menunggu anaknya tak balik-balik lagi. Kawan Akmal juga. Mungkin mereka berdua bersama di satu tempat. Kemana? Tuhan saja yang tahu.

Abah dah mula nak naik angin. "Kalau dapat budak ni, siap dia abah ajar cukup-cukup" abah membebel. Tak pernah lagi tengoh abah jadi kabut macam tu. 

Pukul 3 petang. Tiba-tiba bunyi ketukan pintu kedengaran. Akmal! Termengah-mengah nampaknya. Apalagi, ibu terus soal siasat dia. Macam FBI. Rupa-rupanya, dia dan empat orang lagi kawannya, melepak di cyber cafe dekat Gombak Prima. Bertuah punya budak. Ibu dah pesan, lepas habis lari, balik rumah terus. Ni tak, merayau. Jauh pulah tu. 

Puas kena marah dengan abah dan ibu. Padan muka.

-tamat-


so, kenapa saya cerita pasal ni semua? sebab saya nak sentuh sikit bab pengaruh kawan ni. bila ditanya Akmal tadi, katanya "dah kawan semua pergi, saya ikut je la". 
apa pendapat anda? kenapa, bila kawan pergi, kawan ajak, nak ikut? habis tu, kalau semua kawan terjun longkang, nak ikut jugak?

pelik dengan perangai budak-budak yang suka sangat ikut kawan ni. baru form one tu. dah pandai melepak cyber cafe. nanti form 5? nak lepak mana? merokok bagai?
semua bermula dengan cara pilih kawan. bila salah pilih, habis lah.

kalau kawan dengan orang yang baik, rajin ulang kaji pelajaran, kan bagus. ni, kawan dengan budak yang suka lepak sana sini. mak ayah diorang semua pun tak tahu tau. kalau jadi apa-apa, kan susah? dah banyak kes culik kat luar sana. haishh.

jadi kepada ibu bapa semua, pantau lah, dengan siapa anak anda berkawan. jangan pulak jadi macam peribahasa ni "sudah terhantuk baru nak terngadah"

pada adik-adik kat luar sana pulak, jangan lah contohi drama di atas. buat mak ayah risau je. tak baik tau.

*padan muka akmal kena marah. siapa suruh degil sangat*

No comments:

Post a Comment