Saturday 25 May 2013

Al-Fatihah buat Sham.

dulu,
bila saya gembira,
awak mesti tumpang gembira.
bila saya sedih,
awak ada untuk hiburkan saya.
bila saya leka,
awak akan ingatkan saya.

tapi,
saya tak nampak semua tu.
saya tak nampak keikhlasan awak.
betapa awak baik pada saya.

sekarang,
bila awak dah pergi,
barulah saya sedar.
betapa kejamnya saya kerana perlakukan awak begitu.

maaf,
saya tak jawab panggilan awak.

maaf, 
saya tak balas mesej awak.

maaf,
saya tak pedulikan awak.

kini,
baru saya tau,
betapa besar rasa kehilangan awak.
tiada lagi orang yang ambil berat pasal saya.
tiada lagi yang orang yang akan kongsi suka duka saya.
tiada lagi orang yang akan sentiasa ada untuk saya.

Sham, terima kasih atas semuanya.
tenanglah dikau disana.

Al-Fatihah.


Friday 17 May 2013

don't stop believing

assalamualaikum, and, hello :)

so, apa yang awak fikir bila baca tajuk di atas?

*original glee members*

well as a gleek, memang inilah yang bermain di fikiran saya bila dengar orang cakap "don't stop believing"..

it's a song, actually. penyanyi sebenarnya kumpulan Journey.

wanna hear it? lets :)


it's a nice song. lyrics pun sangat best. bila dengar lagu ni time sedih or rasa macam everything's gonna end, terus rasa bersemangat sikit! i mean, come on, setiap yang berlaku tu mesti ada hikmahnya. so, kalau something bad happen, just handle it as best as you can, then go on je lah. apa yang berlaku, jadikan pengajaran. dan terus pandang ke hadapan! cewahh. 

tapi siyes lah, dengan up and down life, mesti kadang-kadang rasa macam nak gantung diri je. tapi, ingat, bak kata iklan shampoo tu, "kerana dirimu begitu berharga"..

banyak lagi yang kita boleh hold on to dalam hidup ni. Tuhan, family, friends.. maybe kita tak tau, yang sebenarnya, ramai yang sayang kita. ececehh. hihi

*rachel berry (glee)*
*i really adore her!*

tapi apa pun, i prefer this version



*rindu 6 orang glee original members ni*

Saturday 11 May 2013

pengaruh rakan sebaya.

okay this is a serious topic.

ehem. assalamualaikum :D

tengah buat apa tu? well, seems you tengah baca this post, saya boleh andaikan yang anda sedang duduk depan your lappy or what, surfing the internet. tapi di mana? di rumah? di kedai mamak yang ada wifi? atau di cyber cafe? 


wahh kenapa pulak tetiba tanya tengah buat apa bagai ni kan?
haha
tak lah, saja je.. nak kaitkan dengan satu cerita ni. sebab siang tadi ada berlaku satu drama kat umah. nak tau apa? 
lets..


Jarum jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Kelibat Akmal masih tak muncul lagi. Pelajar lain semua dah mula kelihatan bermain di halaman rumah masing-masing. Dah pun memakai baju biasa, bukan lagi baju rumah sukan sekolah. Mungkin juga sudah selesai mandi dan makan tengah hari. Maklumlah, penat berlari pagi tadi sempena acara marathon di sekolah. Muka masing-masing pun dah gelap dibakar dek sang matahari. Kesian.

Ibu jadi makin risau. "Mana pulak budak sorang ni" kata ibu. Kehulu Kehilir dari tadi. Risaukan anak bongsunya yang sorang tu tak balik-balik dari tadi. Kalau nak diikutkan, sepatutnya acara marathon tu dah pun habis seawal jam 11 pagi. Yelah, bukannya jauh sangat pun lari. Memang tak logik kalau sampai tengah hari. Lagipun budak lain semua dah berlegar-legar kat kawasan perumahan ni. Ada juga ibu tanya kawan-kawan Akmal, ada tak nampak dia? Tapi tak ada sorang pun yang tahu.

Dah pukul 2 petang. Ibu makin risau. Apalagi, ibu pun suruh abah pergi cari dia. Merata abah pergi, dari kawasan sekolah, ke Greenwood dan Giant. Tapi masih tak nampak kelibat dia. Dalam masa yang sama ibu ada juga telefon kawan-kawan Akmal yang lain. Ada seorang ibu yang juga menunggu anaknya tak balik-balik lagi. Kawan Akmal juga. Mungkin mereka berdua bersama di satu tempat. Kemana? Tuhan saja yang tahu.

Abah dah mula nak naik angin. "Kalau dapat budak ni, siap dia abah ajar cukup-cukup" abah membebel. Tak pernah lagi tengoh abah jadi kabut macam tu. 

Pukul 3 petang. Tiba-tiba bunyi ketukan pintu kedengaran. Akmal! Termengah-mengah nampaknya. Apalagi, ibu terus soal siasat dia. Macam FBI. Rupa-rupanya, dia dan empat orang lagi kawannya, melepak di cyber cafe dekat Gombak Prima. Bertuah punya budak. Ibu dah pesan, lepas habis lari, balik rumah terus. Ni tak, merayau. Jauh pulah tu. 

Puas kena marah dengan abah dan ibu. Padan muka.

-tamat-


so, kenapa saya cerita pasal ni semua? sebab saya nak sentuh sikit bab pengaruh kawan ni. bila ditanya Akmal tadi, katanya "dah kawan semua pergi, saya ikut je la". 
apa pendapat anda? kenapa, bila kawan pergi, kawan ajak, nak ikut? habis tu, kalau semua kawan terjun longkang, nak ikut jugak?

pelik dengan perangai budak-budak yang suka sangat ikut kawan ni. baru form one tu. dah pandai melepak cyber cafe. nanti form 5? nak lepak mana? merokok bagai?
semua bermula dengan cara pilih kawan. bila salah pilih, habis lah.

kalau kawan dengan orang yang baik, rajin ulang kaji pelajaran, kan bagus. ni, kawan dengan budak yang suka lepak sana sini. mak ayah diorang semua pun tak tahu tau. kalau jadi apa-apa, kan susah? dah banyak kes culik kat luar sana. haishh.

jadi kepada ibu bapa semua, pantau lah, dengan siapa anak anda berkawan. jangan pulak jadi macam peribahasa ni "sudah terhantuk baru nak terngadah"

pada adik-adik kat luar sana pulak, jangan lah contohi drama di atas. buat mak ayah risau je. tak baik tau.

*padan muka akmal kena marah. siapa suruh degil sangat*

Friday 10 May 2013

terlebih rajin kali ni. hihi

ehem. so malam ni macam boring tak tau nak buat apa selain glee marathons, rasa nak update blog je.

why not kan?

hari ni nak share koleksi peribadi baju sendiri dengan baju ibu, yang maniknya dijahit oleh saya sendiri :D

weeeeee

eksaited tak?

haha
.
.
.
.
.
.
.
.
.

so this is my baju. raya bila eh? 2011 rasanya. 



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

and this is baju ibu. 
ibu pakai time kenduri. ni first time jait manik baju ibu. sebab ibu tak berapa gemar manik. baru nak try-try :)


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

then my baju again...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

yang ni paling special. baju saya dan aqilah. hihi




saja buat baju sama. haha :p

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

heeee :)


Thursday 9 May 2013

baju umi aqilah

so, hello and assalamualaikum!

dah lama tak pok pek pok pek pasal manik.. so, here it is..!

baju umi aqilah.. baju dan maniknya skali adalah hasil sentuhan saya sendiri :)

take a look..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


amacam?

:D