Friday 23 December 2011

saya bukan budak kecil lagi, okay?

tolong jangan sibuk jaga tepi kain orang, boleh tak? boleh?  terima kassssiiiiihhhhhh :)

apa?! tak boleh? haish..
kenapa kecoh sangat? saya bukan budak kecil lagi. 
mengikut hak kemanusiaan pun, lepas umur 18 tahun, kita berhak buat apa-apa keputusan sendiri. 
so, jangan lah nak bantah sana sini!

saya tahu apa yang saya mahu, dan saya tahu apa yang saya mampu buat.
awak hanya tahu cakap kosong, bukannya membantu.
biar saya pilih jalan hidup sendiri. 
jangan sibuk, boleh tak?

ada awak tanya, apa yang saya impikan? tak, kan?
ada awak tanya, apa cita-cita saya? tak, kan?
ada awak tanya, apa yang saya mahu capai dalam hidup? tak, kan?
apa yang awak tahu?
sibuk nak nasihat je. tak logik pulak tu.

saya dah besssaaarrr lah!

macam mana saya nak terbang kalau saya dikurung dalam sangkar?
macam mana saya nak buktikan kebolehan saya kalau awak masih berkeras untuk sentiasa katakan "tak boleh" kepada saya? haa?


Tuesday 29 November 2011

bla bla bla

hebat. dah lama gila tak ber-blog ni. busy kot. kerja. kerja. kerja. 
oh well, wanita bekerjaya lah kata kan. hihi


so, apa cerita? hurm. sebenarnya macam-macam cerita. macam-macam perasaan. stress, tension, geram, marah, penat, ngantuk, semua ada.
dengan perangai manusia yang tak sudah-sudah, letih nak layan, okay. 
kenapa mesti ada manusia begitu? urgh.

banyak orang, banyak ragam.


kadang-kadang, rasa nak sumpit je orang yang tak bertamadun ni. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

inhale, exhale. okay. cerita benda lain pulak. kalau over sangat nanti kontroversi. tak gitu? haha

duit. 
oh, siapa tak nak duit? 
memang lah orang kata duit bukan segala-galanya. tapi, kalau takde duit, apa pun tak boleh. haha
masuk tandas pun 20 sen. kan? haa, jadi duit tu sangat sangatlah penting dalam hidup kita. 

sy selalu nyanyi lagu ni


dengan harapan cepat kaya. haha
boleh ke camtu?
bak kata mercedes dari GLEE, "hell to the no!"
memang tak lah kan, kalau nyanyi je terus jadi kaya. kena lah usaha. tak gitu? 

aihh, memandangkan gaji tak seberapa, kenalah berjimat-cermat. nak beli itu ini. 
hihi

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ehem ehem.
"apa agaknya khabarmu disanaaa?"
ni lagu dafi. Baik Punyeer! haha

eh, apasal tulis lagu ni pulak?
-_____-" 
no komen.


sekian, terima kasih.

Friday 17 June 2011

awak V.I.P di hati saya :)

awak nak tau takk, saya minat gila dekat awak. betul, tak tipu. kalau boleh saya nak ikut je awak kemana-mana. seronok sangat rasanya bila dekat dengan awak. awwww, sayang awak!

ok! over gila. aiyooo -___-"
post kali ni bukan untuk boyfriend saya lah! ehh, saya mana ada boyfriend. nak post camne? 

haaa, mari edit sikit ayat di atas.

abang-abang semua nak tau takk, saya minat sangaaaaattttt dekat you all. betul, tak tipu. kalau boleh saya nak ikut je abang-abang semua ni kalau buat show dekat mana-mana. happyyyy sangat bila dapat pergi show you all. awwwww, nak sign! haha

haaa, baru betul. takde lah timbul kontroversi. kan?

aihh, bukan nak cakap ape lah. tapi abang-abang saya ni semua berbakaaattt besaaaarrrrrr sangat. happening gila kalau tengok diorang perform :) rasa macam nak naik stage, join sekali. haha, tapi nak buat macam mana, saya ni pemalu orangnya. so, duduk bawah je lah. haha. menjerit dengan sis kann. ouhh, sis kann sangat hebat dalam bab jerit-menjerit ni. saya belajar dari dia lah. haha

taapppiiiiii.......
sedih tau bila ramai manusia yang tak cukup vitamin, dok menyebok dan menganggu ketenteraman serta kebahagiaan kami. aihh, tak boleh tengok orang senang. kalau dah takde kerja sangat, pergi lah cari kerja. kat 7-eleven ke. kat warung mamak ke, pergi tolong buat teh tarik kat situ. kan berfaedah. masyuk pun masyuk.

kalau dok menyumpah seranah orang yang tak bersalah, apa dapat? dapat dosa, tau!
sesedap rasa nak kata orang bodoh, sial, sampah, buruk, taik, muka mat rempit, menari terkinja-kinja macam  kena api neraka, aihh, banyak lagi. melampau kan?

apa, anda dah cukup sempurna ke? pernah try ke manari kat neraka, sampai boleh buat statement macam tu?  aiyooo, cakap pakai hidung ke ape? fikir lah pakai otak. otak letak mana? ha, ada tak? jumpa tak otak tu? tak jumpa? hurm, memang sah lah anda tak sempurna. so, buat apa nak kutuk-kutuk orang tak tentu pasal? sila cermin diri sendiri dulu, banyak lagi kelemahan tu. tak payah sebok nak jaga tepi kain orang. kain sendiri pun koyak. 

kalau tak suka, takpe. sila diam. anda tak berhak nak maki hamun kami yang suka diorang. nak kata kami bodoh sebab minat diorang? agak kurang asam lah kan anda ni. 
yang peliknya, kalau tak suka, kenapa anda masih di sini? pergi lah tempat lain. jangan masuk kawasan kami. kami kan tak sesempurna anda. anda lebih layak di tempat lain, kan? kan?!

inhale, exhale. ehem.

so, di sini saya nak cakap.
sudah-sudah lah tu nak kutuk-mengutuk, caci maki, dengki sana sini. takde faedahnya. buat orang sakit hati je.

lagipun, anda perlu ingat, benteng kami kuat dan kukuh. keluarga kami ramai. setakat serangan yang tak seberapa tu, kami tak heran. sia-sia je, buang masa anda je nak mengkaji info dan latar belakang kami, semata-mata nak kutuk. aiyoo, pergi ulangkaji sejarah lagi bagus. dah la selalu fail.

tak guna anda men-stalker kami, hanya untuk menjatuhkan kami.

bak kata mat rempit : "lu dengan hal lu, gua dengan hal gua"

so, sila lah beredar dari kawasan kami kalau anda tak suka tengok kami. anda kata sampai bernanah mata, kan? haa, ape lagi tunggu, sila berambusss :)

sekian terima kasih.

kepada ahli keluarga V.I.P yang terchentaa :)
saya nak ucap terima kasih kerana anda semua sangat kental mempertahankan benteng kita. saya bangga mengenali kalian semua.

with love,
-athirah- 

Tuesday 24 May 2011

V.I.P daaayyy

aihh, sejak jadi wanita berkejaya ni (sumpah poyo!) haha
ehem. sejak bekerja ni, online fb pun jarang-jarang. apatah lagi nak update blog. busy je kot. then, balik rumah dah penat. haha

well, semalam (22 mei 2011) adalah hari yang paliiiiinnnnnggggg best ! heeeee :)
nak tau kenapa? 
hari ahad itu adalah hari untuk V.I.P !! yehaaa !!
V.I.P baby !! aha ahaa !!
*nyanyi lagu sedih*

haa, mula-mula show dekat wangsa walk mall. best gilaaaaaaaaaaaaaa (tak boleh panjang lagi ke?)
dah lama tak jumpa abang-abang hensem tu semua, memang rinddduuuuuu <3
the most henseeeemmmmm guy in the world !
haha :)
whoa!!
<3 V.I.P <3
yandy :)
fadlan :)
haha, smartieeessss :)
ryan :)

theenn, lompat ke KL sentral pulak.
gambar tak jelas, sebab gelap -___-"

thenn, lompat lagi ke tasik perdana :)
weeeee :)
yehaaa :)
^.^
sesi tarian comel. haha :)

banyak lagi gambar. haha, tapi, memandangkan internet ni lemah lembut lagi sopan santun, tak dapat nak upload banyak-banyak kat blog ni. haha

anywayyy, best gilaaaaaaaaaaa (kemain panjang lagi)
dapat jugak saya lepas rindu dekat abang-abang V.I.P ni :)

abg lan. haha :p
ryan :)
marlon :)
yandy :)
V.I.P 
*without abg adam -___-" 

 and, last but always more than anythings...

heeee :)

Friday 6 May 2011

pergilahhh, pergilahhh, pergilah sajaaaa :(

sumpah sobs gila ouh.
saya tak dapat masuk ipta !

Dukacita dimaklumkan bahawa anda TIDAK BERJAYA
dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2011/2012

maka dengan ini, saya membuat keputusan untuk bunuh diri.
tengok, guna gunting pun boleh. haha

dah la tak leh wat rayuan. bukan tak leh, tapi bila nak pilih course, takde pulak art and design. aihh, nak pilih yang lain.. tak nakk !


aihhh.. aihhhhhh... aihhhh......!!!
dah la, bye !

i have a fever

yeaahhh, V.I.P fever :)

LAGU SEDIH
(Edry Abdul Halim)
KRU Publishing Sdn Bhd

Yeah, V.I.P
V.I.P baby

Selalunya haru ku tak sebegitu biru
Selangkah pun tak lah terasa begitu jauh
Ku di sini tapi fikiran entah ke mana
Jiwa yang terganggu membuat aku tersedar

Semua kerana kau dah hilang dari pangkuanku

DJ putarkanlah lagu cinta
Dedikasi kepadanya
Katakan aku merindu dia yang menjauh

Putarkanlah lagu cinta
Untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukanku lagu sedih
Tujukanku lagu sedih

Apa mungkin dia sedang mendengar di sana
Dibelenggu kesepian atau sudah lupa
Walau ku cuba berganjak meneruskan hari
Tapi hati masih berpaut semalam lagi

Ku bukakan stereo.. internet dan radio
Tapi lagu yang ke udara hanya menyucuk cuk cuk jiwa
Kerana ku kehilanganmu
Ku ulang.. kehilanganmu
Jadi jikalau kau sedang mendengar
Rasakan gelombang terpancar

Wednesday 4 May 2011

diorang ni memang tak cukup vitamin lah !

aihh, hari tu geram pasal haters Justin Bieber. hari ni, ada lagi?! kalau Justin Bieber tu, tak kesah sangat lah kan, sebab orang luar. tapi kali ni, orang malaysia sendiri. orang malaysia sendiri yang dok kutuk-kutuk industri muzik negara sendiri. apa kes?
*tak sedar diri kot diorang ni?*

aihh, geram gilaaa! ada ke patut kutuk mereka pujaan hati saya? siapa? ha, ni lah pujaan hati saya ^.^
yeaahh. V.I.P baby! haha

ok, ni nak story. ada ke patut makhluk tuhan ni, dok edit-edit gambar di atas, kutuk-kutuk. aihh, mana tak geram? berani dia kutuk buah hati pengarang jantung intan payung saya?
*dengki lah tu?*

dia kata V.I.P ni copy big bang
*watafak?*

hell-o, V.I.P ni bukan kpop ke, mpop ke. V.I.P ni m'poce (malaysian pop dance). takde kena-mengena langsung kot dengan korea sana. please lah weh. 
*rabun ke, ha?*

lagi, diorang yang tak cukup vitamin ni siap kata V.I.P ni copy muka artis korea. ni lagi satu tak logik bin tak masuk akal. aiyoyo, muka semua tuhan dah jadikan camtu. kau nak lawan ciptaan tuhan ke? saya tau lah abang-abang V.I.P ni encem. tak payah lah dengki. lagipun, ntah tang mana yang sama ntah? korea, korea lah. V.I.P, V.I.P lah. lain kan. kalau sama pun, dah tuhan yang jadikan. nak buat macam mana? 
*rabun ke buta?*

kalau kau bertegas sangat nak claim muka V.I.P ni ala-ala korea, suka hati. tapi jgn nak kutuk-kutuk bakat mereka. jangan lah tengok luaran je. ada kau cuba tengok step dance V.I.P? pernah dengan diorang nyanyi? tak, kan? habis tu, apsal nak terus kutuk-kutuk?
*otak kau kat mana?*

ade pulak makhluk tuhan ni dok claim nama V.I.P tu copy nama dari korea jugak. hell-o? aiih, rejam mau? atuk saya pun V.I.P jugak. V.I.P rukun tetangga kat kampung tuh. so? what's the problem? tak boleh guna perkataan tu? lagipun, fyi, V.I.P ni stands for VERSATILITY IN PERFORMANCE. takde kena-mengena pun dengan orang lain, ok? lagipun KRU dah pakai nama V.I.P ni since 1993 untuk fan club dia. dah lama, ok?
*ada paham?*

KRU tubuhkan group ni takde copy sape-sape la weyh. genre ni dah diketengahkan oleh KRU sejak 2004. dengan adam saya <3 heee. ok, sambung. ehem. ha, big bang tu debut pun 2006. haa, apa kes?
*siapa tiru siapa?*

malu lah sikit. dok agung-agungkan orang luar, tapi kutuk-kutuk negara sendiri. macam mana industri muzik kat malaysia nak maju? kalau kau suka sangat kat korea tu, pergi lah sana. tak payah dok malaysia. tu pun kalau diterima lah kan?
*macam lah big bang kenal kau?*

jadi, kepada mereka yang kurang vitamin tu, insaf-insaflah. kalau memang tak minat sekalipun, duduk diam-diam. tak payah sebok-sebok curi gambar, edit, upload, hebah-hebahkan, siap ajak ramai-ramai kutuk. aihh, buang masa, ok? V.I.P tak rugi apa. kau yang rugi masa. 
sekurang-kurangnya V.I.P ada income. ada masa depan. kau yang dok kutuk-kutuk ni, apa nak jadi? silap-silap menari pun tunggang-langgang?
*renung-renungkan, dan selamat beramal*

*peace*



Tuesday 26 April 2011

dosa aku kau tanggung ke?

haha, ok guys. chill lah. saja je bagi tajuk gempak camni. tak ada apa pun, just, nak suarakan pendapat saya yang dah lama tersimpan. hehe :)

ok, biar saya terus terang lah ye. kali ni saya nak cakap pasal beliau

ok, kalau kau tak suka, jangan teruskan baca, ok? :) 
*peace*

you know what? i'm belieber. dosa ke? 
*whatever*

ok, back to the topic. saya just nak cakap, saya memang tak suka betul lah dengan pemikiran manusia yang cetek, sempit, sendat, ketat suma nih.
jealous punya pasal, terus nak maki hamun. hell-o
kau tak suka kau punya pasal lah kan.
yang dok sebok kutuk-kutuk orang sana sini, sampai babitkan mak bapak, apa kes?

mak bapak kau bagus sangat?
*ambek kau*

kalau kami suka kat sesuatu yang kau tak suka, kami dosa lah ye? son of bitch? cmtu?
pleeaassseeee lah weh. 
citarasa setiap orang kan berbeza?
tak kan kau nak semua orang pakai spender yang sama brand dengan yang kau pakai?
masing-masing punya taste lah.

saya jumpa ayat ni kat satu youtube

"why so many people hate him so much? okay, it annoys them that millions of girls love him and his music and everything about him, but do you haters think, if you write under every video of him that he is gay, the girls don't like him anymore? justin bieber has achieved MORE than you ever will. you needn't like him, but please, don't hate him. he has done nothing to you".

dan ni

"Ok seriously haters, why r u guys acting like we freakin worship Justin Bieber? Did u see any of us on our knees praying to the heavens in his name? We are just fans and we want to show our appreciation for him. You would do the same for your fave artist, so why hate on us? Haters need to find something better to do cuz bringing other people down just shows us your insecurity"


memang saya setuju sangat lah kan dengan ayat-ayat di atas ni. 
*thumbs up*

sebenarnya lah kan, haters ni cemburu tau. envy gila lah dengan Justin Bieber ni. sebab tu dorang kutuk habis-habisan. tak pasal-pasal bikin kecoh.
*watafak, man?*

aihh, bukan lah sebab saya ni belieber, saya post benda ni. taakkk.
just, kalau artis lain pun lah kan, ah, tak kesah la, artis ke, ape ke, kalau tak suka, DIAM BOLEH TAK?

kalau kau tak suka warna pink, tak kan kau nak paksa orang lain suka warna hitam?
*kau agung ke nak perintah orang sana sini?*

kalau kau tak suka makan donut, tak kan kau nak bakar semua kedai donut dekat malaysia ni?
*kau ni waras ke tak ha?*

hell-o, macam ni lah kan, nak bagi senang cerita.
KAU BUAT HAL KAU, AKU BUAT HAL AKU
DOSA AKU KAU TANGGUNG KE? 

and lagi satu, dosa besar sangat ke kalau minat Justin Bieber tapi tak minat Maher Zain?
*kau tuhan ke nak tentukan dosa orang?*

diorang yang minat Maher Zain tu, dah tentu masuk syurga ke?

kami yang minat Justin Bieber ni dah tentu masuk neraka ke?

macam ni lah, kepada haters diluar sana, fikir-fikirkan lah. tak ada guna kau terus memaki hamun dekat youtube tu. Justin Bieber tak rugi apa, kau yang rugi masa.

and kalau tak suka, apasal kau still search video dia kat youtube tuh?
*tak ke sewel namanya?*

tak paham betul lah kan -___-"

aihh, macam hina sangat je kan kalau minat Justin Bieber? ape lah, sendat gila otak para haters ni. kita bebas tau nak minat ke, nak fanatik ke kat sape-sape. itu hak masing-masing lah. 
dan, kita memang ada hak untuk tidak suka sesuatu perkara. tapi, diam-diam sudahlah. sakit mata tengok ayat-ayat maki hamun kau dekat youtube tu. saja nak cari gaduh ke?
*sangat tidak matang*

dah la haters ni suma dikalangan lelaki dewasa. aihh, tak kan tak leh fikir, bang?
kau benci sangat kat Justin Bieber kan, ha, nanti ada anak, anak kau muka cam dia, baru kau tahu. sanggup kau maki hamun anak kau setiap saat?

haa, cukuplah, kan? tulis panjang-panjang pun, haters ni tak reti bahasa. sebab apa? dorang jealous dengan kejayaan yang dah dikecapi Justin Bieber ni ha.

akhir kata, tepuk dada, tanya selera :)

to Justin Bieber : they hate you because they're envy you. whatever it is, i believe on your talents, and just keep on rock, boyyy! <3


:) saya bangga menjadi seorang belieber (:


Sunday 24 April 2011

one heart one soul

ehem. ok, mana nak mula ye? hurmm, mulakan dengan bismillah :)

kali ni saya nak cerita pasal kawan baik saya. ada dua orang, 
siti aminah
nurhaikal

ok, sambung balik. ehem.
kami kenal antara satu sama lain sejak form 1 lah kan. tapi saya dan haikal sejak darjah 1. weee :)
kami bertiga mula jadi rapat, start form 4.
mula-mula malu-malu. malu tapi mahu. haha
duduk pun jauh-jauh. 
tapi, lama-lama, duduk sederet bertiga.
macam belangkas dah, kesana kemari bertiga. hihihi

mynah ni, garang orangnya.
macam harimau. hihihi
haikal pulak, pemalu.
cett, please lah.
pemalu lah sangat?
saya.. hurm, ntah. haha, blur sikit kot? 
tak tak. saya paling baik. heeee :p

kami suka buat hal sendiri.
bergosip, sampai orang depan (kami suka duduk belakang) tension.

pengalaman paling manis? haa, time buat oral english.
ohh yess :)
'one heart one soul'
ok, itu paling tak tahan.
memang oral tu lah yang membuatkan kami terus melekat. hihihi
aihh, takde gambar la pulak. ruginyaaa :(
takpe, anda bayangkan je lah, ye?
one heart one soul ni macam rancangan sehati sejiwa kat rtm1 tu.
rancangan temubual bersama pasangan suami isteri. hihihi XD

mynah, jadi juruacara lah kan. tukang penemubual.
saya, aihh, malu pulak nak cakap. hihihi
saya jadi si isteri (mrs pepper). mengandung pulak tuh! -___-"
ikat bantal dalam perut.
kontroversi kot sekejap. haha
haikal pulak jadi si suami (mr salt).
guna eye-liner lukis misai, pakai songkok
adehh, sakit perut gelak, bila ingat balik XD
susah nak gambarkan. tapi memang lawak gila.
skrip ntah apa-apa.
haha
tak sangka boleh sanggup wat camtu depan kelas.
siap ada scene nak beranak kot! aihh, maluu -___-"

haha, memang kenangan yang tak boleh dilupakan lah :)

kami suka cakap benda yang orang tak paham.
guna bahasa isyarat lah, perkataan tertentu lah
haha, untuk bergosip lah kan.

haa, yang paling penting, kami bertiga mata lelaki-an
ala, macam mata duitan tu.
tapi lelaki.
haha!
pantang ada lelaki comel sket, encem sket, mula lah. haha
kami tau kami bukan 'americans next top model'
tapi, ada kami kesah?
haha, orang tak tahu pun
kami je yang tau
kami suka bagi nama panggilan pada mereka si lelaki-lelaki
mr a, mr b, mr c, mr d, mr f, mr x, mr y
haa, ntah, dah lupa. hihihi XD
ada abu lahab, cucu betong, mbeng mbeng lah. macam-macam >.<

saya paling suka kalau kami cerita pasal sesuatu, dan gelak sampai berair mata, hidung suma. haha

kami ada matlamat untuk 10 tahun lagi.
ok, jangan anggap serius sangat lah kan.
ni main-main je.

matlamat mynah : nak jadi peneraju utama wawasan 2020, iaitu penduduk malaysia mencecah, err, ok lupa. brape ribu? aihh, malas nak check. ha, mynah nak jadi peneraju. nak kawen, beranak banyak-banyak. cuba bayangkan, kalau sekali bersalin anak kembar dua atau tiga. then, bersalin setiap tahun. then, dari umur 20 tahun. ha, nanti anak dia akan mewujudkan cucu yang ramai. cucu mewujudkan cicit. ok, dah. merapu. haha. tapi tu matlamat mynah. 

matlamat saya : aihh, kena cakap eh? malulah. hihihi XD saya tulis kat situ (buku catatan mynah) nak kawen dengan dato' atau tan sri, leh dapat modal bukak butik. haha, ok bengong gila kan matlamat?

matlamat haikal : nak pakai purdah, tudung labuh. aihh, sejuk perut mak ko. err, ok, kita tengoklah nanti. hihihi XD


hurm, mynah suka hindustan. terutama salman khan. saya, tetap adam. heee. haikal, bruno mars? ntah, bertukar-tukar laki dia ni -___-"


persahabatan kami ni, sama je lah kot macam orang lain. 
just, mungkin cara kita menghargai ni je yang lain.
bila kita hargai, baru rasa sayang :)

siyes cakap lah kan. 
tanpa tapis-tapis.
saya sayang mereka berdua :)
saya harap persahabatan kami akan berkekalan. 


-the end-
p/s : it's not the end for us lah. kita still kawan sampai bila-bila >.<