Tuesday 24 May 2011

V.I.P daaayyy

aihh, sejak jadi wanita berkejaya ni (sumpah poyo!) haha
ehem. sejak bekerja ni, online fb pun jarang-jarang. apatah lagi nak update blog. busy je kot. then, balik rumah dah penat. haha

well, semalam (22 mei 2011) adalah hari yang paliiiiinnnnnggggg best ! heeeee :)
nak tau kenapa? 
hari ahad itu adalah hari untuk V.I.P !! yehaaa !!
V.I.P baby !! aha ahaa !!
*nyanyi lagu sedih*

haa, mula-mula show dekat wangsa walk mall. best gilaaaaaaaaaaaaaa (tak boleh panjang lagi ke?)
dah lama tak jumpa abang-abang hensem tu semua, memang rinddduuuuuu <3
the most henseeeemmmmm guy in the world !
haha :)
whoa!!
<3 V.I.P <3
yandy :)
fadlan :)
haha, smartieeessss :)
ryan :)

theenn, lompat ke KL sentral pulak.
gambar tak jelas, sebab gelap -___-"

thenn, lompat lagi ke tasik perdana :)
weeeee :)
yehaaa :)
^.^
sesi tarian comel. haha :)

banyak lagi gambar. haha, tapi, memandangkan internet ni lemah lembut lagi sopan santun, tak dapat nak upload banyak-banyak kat blog ni. haha

anywayyy, best gilaaaaaaaaaaa (kemain panjang lagi)
dapat jugak saya lepas rindu dekat abang-abang V.I.P ni :)

abg lan. haha :p
ryan :)
marlon :)
yandy :)
V.I.P 
*without abg adam -___-" 

 and, last but always more than anythings...

heeee :)

Friday 6 May 2011

pergilahhh, pergilahhh, pergilah sajaaaa :(

sumpah sobs gila ouh.
saya tak dapat masuk ipta !

Dukacita dimaklumkan bahawa anda TIDAK BERJAYA
dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2011/2012

maka dengan ini, saya membuat keputusan untuk bunuh diri.
tengok, guna gunting pun boleh. haha

dah la tak leh wat rayuan. bukan tak leh, tapi bila nak pilih course, takde pulak art and design. aihh, nak pilih yang lain.. tak nakk !


aihhh.. aihhhhhh... aihhhh......!!!
dah la, bye !

i have a fever

yeaahhh, V.I.P fever :)

LAGU SEDIH
(Edry Abdul Halim)
KRU Publishing Sdn Bhd

Yeah, V.I.P
V.I.P baby

Selalunya haru ku tak sebegitu biru
Selangkah pun tak lah terasa begitu jauh
Ku di sini tapi fikiran entah ke mana
Jiwa yang terganggu membuat aku tersedar

Semua kerana kau dah hilang dari pangkuanku

DJ putarkanlah lagu cinta
Dedikasi kepadanya
Katakan aku merindu dia yang menjauh

Putarkanlah lagu cinta
Untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukanku lagu sedih
Tujukanku lagu sedih

Apa mungkin dia sedang mendengar di sana
Dibelenggu kesepian atau sudah lupa
Walau ku cuba berganjak meneruskan hari
Tapi hati masih berpaut semalam lagi

Ku bukakan stereo.. internet dan radio
Tapi lagu yang ke udara hanya menyucuk cuk cuk jiwa
Kerana ku kehilanganmu
Ku ulang.. kehilanganmu
Jadi jikalau kau sedang mendengar
Rasakan gelombang terpancar

Wednesday 4 May 2011

diorang ni memang tak cukup vitamin lah !

aihh, hari tu geram pasal haters Justin Bieber. hari ni, ada lagi?! kalau Justin Bieber tu, tak kesah sangat lah kan, sebab orang luar. tapi kali ni, orang malaysia sendiri. orang malaysia sendiri yang dok kutuk-kutuk industri muzik negara sendiri. apa kes?
*tak sedar diri kot diorang ni?*

aihh, geram gilaaa! ada ke patut kutuk mereka pujaan hati saya? siapa? ha, ni lah pujaan hati saya ^.^
yeaahh. V.I.P baby! haha

ok, ni nak story. ada ke patut makhluk tuhan ni, dok edit-edit gambar di atas, kutuk-kutuk. aihh, mana tak geram? berani dia kutuk buah hati pengarang jantung intan payung saya?
*dengki lah tu?*

dia kata V.I.P ni copy big bang
*watafak?*

hell-o, V.I.P ni bukan kpop ke, mpop ke. V.I.P ni m'poce (malaysian pop dance). takde kena-mengena langsung kot dengan korea sana. please lah weh. 
*rabun ke, ha?*

lagi, diorang yang tak cukup vitamin ni siap kata V.I.P ni copy muka artis korea. ni lagi satu tak logik bin tak masuk akal. aiyoyo, muka semua tuhan dah jadikan camtu. kau nak lawan ciptaan tuhan ke? saya tau lah abang-abang V.I.P ni encem. tak payah lah dengki. lagipun, ntah tang mana yang sama ntah? korea, korea lah. V.I.P, V.I.P lah. lain kan. kalau sama pun, dah tuhan yang jadikan. nak buat macam mana? 
*rabun ke buta?*

kalau kau bertegas sangat nak claim muka V.I.P ni ala-ala korea, suka hati. tapi jgn nak kutuk-kutuk bakat mereka. jangan lah tengok luaran je. ada kau cuba tengok step dance V.I.P? pernah dengan diorang nyanyi? tak, kan? habis tu, apsal nak terus kutuk-kutuk?
*otak kau kat mana?*

ade pulak makhluk tuhan ni dok claim nama V.I.P tu copy nama dari korea jugak. hell-o? aiih, rejam mau? atuk saya pun V.I.P jugak. V.I.P rukun tetangga kat kampung tuh. so? what's the problem? tak boleh guna perkataan tu? lagipun, fyi, V.I.P ni stands for VERSATILITY IN PERFORMANCE. takde kena-mengena pun dengan orang lain, ok? lagipun KRU dah pakai nama V.I.P ni since 1993 untuk fan club dia. dah lama, ok?
*ada paham?*

KRU tubuhkan group ni takde copy sape-sape la weyh. genre ni dah diketengahkan oleh KRU sejak 2004. dengan adam saya <3 heee. ok, sambung. ehem. ha, big bang tu debut pun 2006. haa, apa kes?
*siapa tiru siapa?*

malu lah sikit. dok agung-agungkan orang luar, tapi kutuk-kutuk negara sendiri. macam mana industri muzik kat malaysia nak maju? kalau kau suka sangat kat korea tu, pergi lah sana. tak payah dok malaysia. tu pun kalau diterima lah kan?
*macam lah big bang kenal kau?*

jadi, kepada mereka yang kurang vitamin tu, insaf-insaflah. kalau memang tak minat sekalipun, duduk diam-diam. tak payah sebok-sebok curi gambar, edit, upload, hebah-hebahkan, siap ajak ramai-ramai kutuk. aihh, buang masa, ok? V.I.P tak rugi apa. kau yang rugi masa. 
sekurang-kurangnya V.I.P ada income. ada masa depan. kau yang dok kutuk-kutuk ni, apa nak jadi? silap-silap menari pun tunggang-langgang?
*renung-renungkan, dan selamat beramal*

*peace*