Saturday 26 March 2011

oyyeeehhhh !! haha

saya sayang abang adam sampai mati. haha

showcase di sungei wang. susah nak pergi. takde transport. akhirnya dapat jugak tumpang mak cik haikal. terima kasih mak cik :) heee~
then, dekat sana, tak ada sesi autograf. haduss, tak dapat jumpa abg adam ke..?? -___-
takpe takpe. enjoy.
wahhh, sangat best beliau menari. dengan kemunculan V.I.P, aiyoo, cairrrr (0_o)
lepas habis, tiba-tiba nampak abg dgn artis laen kat belakang pentas. 
oyeh!
serbu!!!!
rupa2nya dekat belakang pentas boleh amek gambar. haih..
tunggu punya lama.
dah nak putus asa dah kott.
tapi, sis kann menyelamatkan keadaan.
"adam, die da lama tunggu u"
yeay! akhirnya dapat jugak bergambar dgn abg adam! :D
thanks sis kann!! i lap u lah!! haha
at least dapat la satu gmbar. jadilah.. drpd takde, kan?
ni antara gambar2 laen. haha


ryan :)
ryan, marlon :)
amen :)
ni pun artis jugak. haha. zieha :)





yang penting, sangat bessttt!!
alahaaaiii... >.<

Wednesday 23 March 2011

ta-da!!

BAHASA MELAYU 
A-    CEMERLANG


BAHASA INGGERIS 
A-    CEMERLANG


PENDIDIKAN ISLAM 
B+    KEPUJIAN TERTINGGI


SEJARAH 
B+    KEPUJIAN TERTINGGI


MATHEMATICS 
A     CEMERLANG TINGGI


ADDITIONAL MATHEMATICS 
C     KEPUJIAN


PHYSICS 
C     KEPUJIAN


CHEMISTRY 
D     LULUS ATAS


BIOLOGY
C     KEPUJIAN


ENGLISH FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY 
C+   KEPUJIAN ATAS


Alhamdulillah :)

result

takut,
kecut perut,
sampai terkentut-kentut.

haha, ambik kau.
dasyat kan?


tepat pkol 10 nanti,
sesuatu akan mengubah hidup aku.


aihh -____-


I adore him

amboi, tajuk bukan maen lagi.
haa, saja je, bikin panas.. XD
siapa yang sy adore sgt ni? jeng jeng jeng...

ni abg yin.
beliau kerek, kental dan kebal.
haha, jgn marah ye abg.. :p
tapi beliau baik hati, dan sangat merendah diri.
aiceceh, bangga la tu? XD

ok, sy saja je post pasal ni.
tak tau nak post pasal apa. malam2 buta ni, boring.
tak ngantuk. so, inilah hasilnya. haha

sy bukan lah psycho atau gilakan beliau ni.
just, sy takde abg.
so, beliau lah tempat sy menyebokkan diri, haha
sy mula kenal beliau dekat myspace.
tak ingat lah bila.
sy yang add beliau.
beliau approve.
dan dengan selamber je sy tanye beliau
"boleh tak sy jadi adik angkat abg?"
beliau pun jawab
"boleh, adik yg pertama"
haha, tak tau la betul ke tak kan. betul ke abg yin? sy yang pertama? 
*bangga*

then, sy mula stalker profile myspace beliau. haha
wahh, beliau ni hebat orangnya.
kenapa?
ntah, saja nak kata beliau hebat.
tak boleh?
apa salahnye, biar beliau kembang sikit kena puji. haha

abg yin ni, kalau ada masalah dgn gf beliau 
(dulu la, sekarang tak)
ooppss! rahsia kerajaan ni. haha
sy tolong lah apa yang patut kan.
sy mmg suka jd perantara. haha

kalo sy ada masalah, kadang2 beliau selamber je bagi pendapat yg selamber.
tak paham? takpe, sy sorg je paham.
tp kadang2, beliau bagi pendapat yang sangat berguna, tau :)
ye lah, beliau kan org tua, dah makan garam dulu dr sy. haha
*abg yin plg tak suka sy kata beliau tua*

apa yg sy suka pasal beliau?
beliau sgt jujur
berterus terang je apa yang beliau rasa.
kalau suka, beliau kata suka.
kalau tak suka, beliau caci maki je. haha
takde cover2.
cakap men lepas je.
tak hipokrit.
aiceceh, suka la tu?

lagi, ha..
abg yin ni kadang2 kelakar jugak.
takde la sampai leh masuk raja lawak.
tp beliau pandai amek hati orang.
heee~

sy paling suka bila beliau kata dgn rakan beliau
"dia adik angkat i"
aduss, haha
tak tau kenapa, tp mmg suka :)

abg yin, jgn salah paham ye
sy bukan psycho atau obses
haha
melampau lah tu kan
sy cuma suka personaliti abg.. :)
abg rock! haha

*kepada gf abg : 
jgn nak fikir yang bukan2 lah ye :) kamu kakak ipar sy juga :)

Monday 21 March 2011

untitled

now I'm afraid.


sometimes, I worried.


so I'm trying to hide.


but inside, I'm still crying.


however, there's nothing I can do.






other than this...






Monday 7 March 2011

I wish..

I could go to one place that only me can make all decisions. I don't want to hear your opinion lah! I'm sick of it..!

Saturday 5 March 2011

Tahukah anda?


Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan 
kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 
150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada
 nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan 
satu cecair yang dinamakan air masak?


Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan 
asas dalam pembinaan sebuah  helikopter? 
Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina 
helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan 
keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap 
mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.


Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak 
akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 
40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu 
dari arah yang bertentangan.


Tahukah anda cicak memutuskan 
ekornya apabila diganggu? Apabila 
cicak menyedari yang dia diekori oleh 
sesuatu, ia akan memutuskan ekornya 
supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan 
tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


Tahukan anda bahawa seorang manusia 
normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri
 menggunakan siku?


Tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun 
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada 
sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun 
tanpa bantuan kompas.
 Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya
 yang tersendiri sebenarnya.


Tahukah anda gunung berapi yang berusia tiga 
ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. 
Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di 
rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya 
selama tiga bulan.


Tahukah anda orang yang tidak pernah kisah 
langsung tentang wang ringgit, pangkat, 
kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan?


Tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat 
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan 
mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. 
Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk 
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu
 dibelanja oleh kawan kita.


Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua 
pembaca post ini telah mencuba untuk 
menyentuh telinga menggunakan siku?
hahaha!

Orang lain tak kan paham..!

Amboi, bukan main garang lagi title kali ni? haha. rileks, ok. Ni saja je nak bagi menarik. huhu. Tapi kan, mmg betul lah. Apa yg sy nak cerita ni, mmg korang tak kan paham. Silap-silap hari bulan, korang kutuk-kutuk je sy ni :( Janganlah, ye?


Sy nak kongsi cerita pasal kesusahan sy untuk bertemu seseorg. haha, aiceceh, ayat tak boleh jiwang lagi ke? Hurm, rasanya mcm korang da tau je apa yg sy nak cerita? Tau ke siapa yg sy susah sgt nak jumpa tu? Ohh, yess. Tepat sekali. Ini dia...
Apa gelak-gelak? Tengok, dah agak dah. Korang mmg tak kan paham! (ni yg marah ni, haish) 
Ok, ni Mohd Aizam Matsaman. Beliau ni peserta Akademi Fantasia 2. Beliau hebat, berkaliber, mutu, keunggulan, dan lain-lain lagi. haha!

Kesusahan pertama : 
Sy tak ada Astro di rumah. Apa? Ingat semua rumah ada ke piring UFO tu atas bumbung? Rumah sy takde tau. Ha, ambik kau. Minat dgn beliau, tapi tak boleh tgk dekat Akademi Fantasia tu. Apa boleh buat? Beli je lah majalah, surat khabar.. Nak pergi konsertnya pun, mmg harapan je lah. Takde siapa nak bawak. Tak pun tunggu kawan-kawan cerita kat sekolah. Masa tu sy darjah 5. Haha, orang lain dok sebok minat Zahid la, Kaer la. Tapi sy tidak. Tetap dekat ADAM :)


Kesusahan kedua : 
Bila beliau berjaya peroleh tempat ketiga, da jd artis. wah.. cayalah abang Adam! Sy bangga! hehe. Tapi, sy tetap tak dpt jumpa beliau lagi ouh :( Jadi anak didik KRU. Haha, suka suka! <3 Selalu ada buat konsert, show.. Tapi tetap tak dapat pergi. sedihhh :(


Kesusahan ketiga : 
Jeng jeng jeng..! Akhirnya beliau berjaya menghasilkan album pertama. ADAM :) Ha, part ni best. Time tu tengah shopping dgn family. Tiba-tiba nmpak cd tu dekat kedai. Kedai cd lah kan, tak kan kedai kasut. Ha, time tu sy darjah 6. Tahun 2005. Oh yeah, tgh nak UPSR, nak beli cd lagu? Harapan lah kan. Abah tak bagi. Jadi, sy pun memulakan strategi.. menangis!! Oh yeah. Bila dah nangis, baru dapat duit. Pergi kedai cd tu, dgn mata merah, hidung merah.. haha. Siap ada hingus lagi. Eh, suka hati la. Time tu kan kecik lagi? Akhirnya, dapat jugak beli. Haha. Punya lah seronok. tak hingat! Balik rumah dok pasang berulang kali. Tak jemu-jemu.


Kesusahan keempat : 
Tahun 2006. Album ADAM II dikeluarkan. Ok, pergi la cari kan. Dah kumpul duit ni. Tapi, tak jumpa!! Uwaaa.. :( Gila susah. Semua tempat cari. Macam nak putus asa je tau. Tapi akhirnya, dpt jugak beli. Yeahhh!! Mulalah, melalak kat rumah. haha


Kesusahan kelima : 
Dua tahun lepas tu, muncullah ADAM 3 :) Ohh yess. Gila tak beli? Kalo ni dah tau dah kedai mana yang ada. Cuma nak pergi tu mcm susah sikit. Takde org nak hantar. Tapi akhirnya abah hantar. Ohh, terima kasih abah <3 Masuk kedai cd tu.. Aik? Kenapa takde ni? Tanya taugeh tu. Eh, tak tak. Tanya tauke tu. Dia kata "Oh, kitorang belum letak dekat rak lagi dik" haha, lega. Kira cam first pelanggan la untuk cd tu kan? Gila bangga. haha


Kesusahan keenam : 
Zoom in. Oh yeah, 19/10/08. Tarikh keramat tu. Bila sy dapat tau ada Zoom In Adam, gila-gila merayu dekat abah nak pergi. Abah pun kata "ok lah, jom semua pergi" Yippiee!! Tapi kena ambil tiket dulu tengah hari tu. dekat RTM tu lah kan. Then, lepas maghrib, baru nk pergi balik. Hujan. Ok, terbaik. Jalan jem. Start pukul 8 camtu. Tapi kitorang tersekat. Akhirnya berjaya sampai tepat-tepat pukul 8. Alamak, tempat duduk dah penuh. Aish, duduk belakang je lah nampaknya. Takpe, kira ok la tu. Then, tiba-tiba ada satu mamat tu, kameraman kot? ckp, penuhkan sit depan. Die boleh kata "ha tu family yang pakai merah tu, mai dok depan ni" (kitorang sekeluarga pakai merah) Omg. Duduk depan? Bapak nervous. Takpe, tarik nafas, bangun je, jalan pegi depan. Eh, sit yang kosong tu memang depan SEKALI. Centre stage pulak tu? Aiyo, nak pengsan dah ni. haha. Lutut pun dah ketaq. Tiba-tiba Adam muncul. (*.*) Macam ni lah muka sy. Dah tak terkata. Pertama kali jumpa, dekat gila! Dua langkah je jaraknya. Nak pengsannn!! Gila happening lah tengok beliau menari. Tak terkata. Rasa nak buat sujud syukur je kat atas stage tu. Then, beliau siap salam sy kott! Alamakkk, muka tak boleh nak merah lagi ke? Kalau la beliau perasan muka sy merah, malunyaaaa!! Then, lepas habis tu, ambil gambar. Siap ambil sign lg! hehe :p





Kesusahan ketujuh :
Lepas peristiwa tu, minat sy terhadap ADAM makin bertambah! Mula lah, pantang ada beliau dalam majalah, habis sy borong majalah tu satu kedai. haha. 2011, showcase. Selayang Mall?! Wahh, dekat je kot?? Nak pergi!!! Abah tak bg :( Dia kata buang masa je. Apa lagi, guna lah senjata. Ok, mmg malu nak mengaku. Tapi tak kesah lah. Sy nangis lagi. Semata-mata nak pergi showcase tu. Akhirnya dpt jugak pergi. Yeah!! Sampai pukul 2. Tapi rupa-rupanya start pukul 3. Aiyoo, terpaksa tunggu. Tunggu dgn Aiman. haha, kesian kami tau. Dah tak tau nak buat apa. Merayau-rayau je satu mall tu. Tapi sy sanggup!! Akhirnya bermulalah Show beliau. Berdiri depan stage kot. haha. Hensemnyaaaa!!! (+.+) 


Kesusahan kelapan : 
Lepas habis showcase tu, ada dinner pulak malamnya. dekat The Mall. Pun pergi!! yeah! Sesat. Maklumlah tak pernah pergi The Mall. Tak jumpa restoran tu. The Mall tu dah la besar. Tapi akhirnya jumpa jugak lah kan. Ok, Adam pun sampai. Sy terpinga-pinga tak tau nak duduk mana. Beliau kata "eh, kenapa berdiri, duduklah" (sambil tarik kerusi) Sy pun duduk. Then, beliau duduk sebelah sy. Haaa??!! Duduk sebelah? Aiyo, dah start sesak nafas ni. Fuhh, takpe, rileks je. Then, dinner sama-sama. Gila bertuah. Dah la bukan AJK ataupun ahli fanclub beliau. Tapi dpt duduk sebelah! Haaa~ Rasa nak buat sujud syukur lagi dekat situ! haha. 


Ok, cerita ni semua tak detail. Kalau nak detail, 5 muka surat pun tak habis. Penat dah ni. haha.
Harapan sy, nak jumpa beliau lagi :) heee~




Thursday 3 March 2011

Mohd Aizam Matsaman

Ini buah hati pengarang jantung intan payung saya.

Tipah tertipu, bang..!

Aiyo.. tgk tajuk ni, rasa nak geleng kepala je kan? Kesian kat Tipah ni ha. Kena tipu. Ntah kali ke berapa ntah kan. Meh sy cerita kesah si Tipah ni ha..
ni Tipah kott? haha
Ok, jom kita sambung. Tipah. Ye, Tipah. Tipah ni gadis yang lurus, dan baik hati. Sebab tu senang kena tipu kott? haha. Ha, kejap kejap. Nak bgtau ni, kesah Tipah ni berkaitan dengan kesah cinta. Apa? Tak suka baca kesah cinta? Ha, berambus. Tak payah sebok kat post ni. (haha, bapak kejam)

Tipah dan cinta. Tipah pun nak jugak jatuh cinta. So, dia pernah la jatuh hati kat sorang mamat ni. Nama dia Mr. A. Ok, dorang ni dah macam belangkas. Kira loving couple la dekat atas bumi ni. 
ni sekadar gambar hiasan je :)
Biasa lah kan, bila bercinta mesti ada sakit hatinya, tersinggungnya, merajuknya, dan macam-macam lagi lah. Tipah punya relationship pun tak terkecuali. Mulalah, semua serba tak kena. Ada je salah silapnya. Haish, pening kepala si Tipah ni. Yang lagi sakitnya hati si Tipah ni, si Mr. A tu keras kepala. Asyik dia je nak menang. Tak gentlement langsung! Geram kan? Geram kan? Haha.

Hai, hancurlah hati si Tipah. Relationship dia nmpaknya macam da nak berakhir. Sehinggalah suatu hari.. Jeng jeng jeng!
haha. suka gambar ni! :p
Tiba-tiba ada satu lagi mamat muncul dalam hidup Tipah.. Wah wah, hebat jugak si Tipah ni ye? haha. Ok, mamat ni nama dia Mr. S. Mr. S ni terus je tackle hati si Tipah ni. Sampai Tipah ni betul-betul break up dgn Mr. A. Jahat tak Mr. S? haha. Time tu, Tipah nmpak Mr. S ni kira perfect gila lah kan. Sebab dia kan da benci sgt dgn Mr. A. Haish, Tipah. Talam dua muka. haha. Ok, Mr. S ni pulak, punyalah loving, caring, dan apa-apa lg lah yang ada -ing. haha.

Sehinggalah suatu ketika, Mr. S hilang. Tak dikesan. Kena culik? Tak tak. Dia hilangkan diri je dari Tipah. Kenapa? ha, sebab dia ada perempuan lain. Lagi parah tu, dgn adik angkat sendiri. Mana lah Tipah nak jangka yang Mr. S ni akan curang dgn adik angkat dia sendiri. Ingatkan diorang tu rapat sebagai siblings lah konon kan. Tapi rupanya diam-diam ubi berisi. Eh, boleh pakai ke pepatah ni kat situasi ni? Ah, lantaklah kan. haha.
Tengok Tipah dah marah. haha
Tipah pun buat keputusan, nak hidup bersendiri. Haduss, kesian pulak sy tengok Tipah ni. Tengah dia dok happy happy, tiba-tiba suatu hari dpt tahu sesuatu. Si Mr. S ni ada lungs cancer. Aik? Biar betul? Ok, mungkin Tipah rasa kesian la kan dekat dia.

Mr. S yang tak bertamadun ni pulak ambil kesempatan atas penyakit dia tu. Mula lah nak menagih simpati dekat Tipah. Mentang-mentang awek baru (adik angkat dia tu lah) dah tinggalkan dia. Tipah ni kan lurus orangnya. So, dia terima je Mr. S ni bulat-bulat. Ok, diorang dah baik balik.

Amboi, bukan main suka lagi si Tipah ni. haha
Ha, lepas tu kan, lepas tu.. ha, ni yang sedih ni. Mr. S kena pindah. Alamak, jauh la kan dari Tipah. Kesian Tipah. Takpelah, nak buat macam mana kan. Tipah teruskan je kehidupan. Hari-hari msj. Lepas tu, makin kurang. Last-last, dah tak dapat dihubungi langsung dah Mr. S tu!

Aiyoo! Tipah tertipu lagi? Ha, sampai sekarang ni, Tipah dibiarkan ibarat gantung tak bertali. Cewahh, macam Karam Singh Walia pulak. (betul ke eja?)

So, kepada Tipah, semoga bersabar menghadapi kehidupan. 
Kesian, eh tak tak. Sekian, terima kasih.

*ini kesah benar. fullstop :)