Saturday 5 March 2011

Tahukah anda?


Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan 
kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 
150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada
 nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan 
satu cecair yang dinamakan air masak?


Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan 
asas dalam pembinaan sebuah  helikopter? 
Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina 
helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan 
keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap 
mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.


Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak 
akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 
40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu 
dari arah yang bertentangan.


Tahukah anda cicak memutuskan 
ekornya apabila diganggu? Apabila 
cicak menyedari yang dia diekori oleh 
sesuatu, ia akan memutuskan ekornya 
supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan 
tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


Tahukan anda bahawa seorang manusia 
normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri
 menggunakan siku?


Tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun 
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada 
sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun 
tanpa bantuan kompas.
 Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya
 yang tersendiri sebenarnya.


Tahukah anda gunung berapi yang berusia tiga 
ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. 
Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di 
rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya 
selama tiga bulan.


Tahukah anda orang yang tidak pernah kisah 
langsung tentang wang ringgit, pangkat, 
kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan?


Tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat 
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan 
mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. 
Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk 
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu
 dibelanja oleh kawan kita.


Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua 
pembaca post ini telah mencuba untuk 
menyentuh telinga menggunakan siku?
hahaha!

No comments:

Post a Comment