Tuesday 26 April 2011

dosa aku kau tanggung ke?

haha, ok guys. chill lah. saja je bagi tajuk gempak camni. tak ada apa pun, just, nak suarakan pendapat saya yang dah lama tersimpan. hehe :)

ok, biar saya terus terang lah ye. kali ni saya nak cakap pasal beliau

ok, kalau kau tak suka, jangan teruskan baca, ok? :) 
*peace*

you know what? i'm belieber. dosa ke? 
*whatever*

ok, back to the topic. saya just nak cakap, saya memang tak suka betul lah dengan pemikiran manusia yang cetek, sempit, sendat, ketat suma nih.
jealous punya pasal, terus nak maki hamun. hell-o
kau tak suka kau punya pasal lah kan.
yang dok sebok kutuk-kutuk orang sana sini, sampai babitkan mak bapak, apa kes?

mak bapak kau bagus sangat?
*ambek kau*

kalau kami suka kat sesuatu yang kau tak suka, kami dosa lah ye? son of bitch? cmtu?
pleeaassseeee lah weh. 
citarasa setiap orang kan berbeza?
tak kan kau nak semua orang pakai spender yang sama brand dengan yang kau pakai?
masing-masing punya taste lah.

saya jumpa ayat ni kat satu youtube

"why so many people hate him so much? okay, it annoys them that millions of girls love him and his music and everything about him, but do you haters think, if you write under every video of him that he is gay, the girls don't like him anymore? justin bieber has achieved MORE than you ever will. you needn't like him, but please, don't hate him. he has done nothing to you".

dan ni

"Ok seriously haters, why r u guys acting like we freakin worship Justin Bieber? Did u see any of us on our knees praying to the heavens in his name? We are just fans and we want to show our appreciation for him. You would do the same for your fave artist, so why hate on us? Haters need to find something better to do cuz bringing other people down just shows us your insecurity"


memang saya setuju sangat lah kan dengan ayat-ayat di atas ni. 
*thumbs up*

sebenarnya lah kan, haters ni cemburu tau. envy gila lah dengan Justin Bieber ni. sebab tu dorang kutuk habis-habisan. tak pasal-pasal bikin kecoh.
*watafak, man?*

aihh, bukan lah sebab saya ni belieber, saya post benda ni. taakkk.
just, kalau artis lain pun lah kan, ah, tak kesah la, artis ke, ape ke, kalau tak suka, DIAM BOLEH TAK?

kalau kau tak suka warna pink, tak kan kau nak paksa orang lain suka warna hitam?
*kau agung ke nak perintah orang sana sini?*

kalau kau tak suka makan donut, tak kan kau nak bakar semua kedai donut dekat malaysia ni?
*kau ni waras ke tak ha?*

hell-o, macam ni lah kan, nak bagi senang cerita.
KAU BUAT HAL KAU, AKU BUAT HAL AKU
DOSA AKU KAU TANGGUNG KE? 

and lagi satu, dosa besar sangat ke kalau minat Justin Bieber tapi tak minat Maher Zain?
*kau tuhan ke nak tentukan dosa orang?*

diorang yang minat Maher Zain tu, dah tentu masuk syurga ke?

kami yang minat Justin Bieber ni dah tentu masuk neraka ke?

macam ni lah, kepada haters diluar sana, fikir-fikirkan lah. tak ada guna kau terus memaki hamun dekat youtube tu. Justin Bieber tak rugi apa, kau yang rugi masa.

and kalau tak suka, apasal kau still search video dia kat youtube tuh?
*tak ke sewel namanya?*

tak paham betul lah kan -___-"

aihh, macam hina sangat je kan kalau minat Justin Bieber? ape lah, sendat gila otak para haters ni. kita bebas tau nak minat ke, nak fanatik ke kat sape-sape. itu hak masing-masing lah. 
dan, kita memang ada hak untuk tidak suka sesuatu perkara. tapi, diam-diam sudahlah. sakit mata tengok ayat-ayat maki hamun kau dekat youtube tu. saja nak cari gaduh ke?
*sangat tidak matang*

dah la haters ni suma dikalangan lelaki dewasa. aihh, tak kan tak leh fikir, bang?
kau benci sangat kat Justin Bieber kan, ha, nanti ada anak, anak kau muka cam dia, baru kau tahu. sanggup kau maki hamun anak kau setiap saat?

haa, cukuplah, kan? tulis panjang-panjang pun, haters ni tak reti bahasa. sebab apa? dorang jealous dengan kejayaan yang dah dikecapi Justin Bieber ni ha.

akhir kata, tepuk dada, tanya selera :)

to Justin Bieber : they hate you because they're envy you. whatever it is, i believe on your talents, and just keep on rock, boyyy! <3


:) saya bangga menjadi seorang belieber (:


Sunday 24 April 2011

one heart one soul

ehem. ok, mana nak mula ye? hurmm, mulakan dengan bismillah :)

kali ni saya nak cerita pasal kawan baik saya. ada dua orang, 
siti aminah
nurhaikal

ok, sambung balik. ehem.
kami kenal antara satu sama lain sejak form 1 lah kan. tapi saya dan haikal sejak darjah 1. weee :)
kami bertiga mula jadi rapat, start form 4.
mula-mula malu-malu. malu tapi mahu. haha
duduk pun jauh-jauh. 
tapi, lama-lama, duduk sederet bertiga.
macam belangkas dah, kesana kemari bertiga. hihihi

mynah ni, garang orangnya.
macam harimau. hihihi
haikal pulak, pemalu.
cett, please lah.
pemalu lah sangat?
saya.. hurm, ntah. haha, blur sikit kot? 
tak tak. saya paling baik. heeee :p

kami suka buat hal sendiri.
bergosip, sampai orang depan (kami suka duduk belakang) tension.

pengalaman paling manis? haa, time buat oral english.
ohh yess :)
'one heart one soul'
ok, itu paling tak tahan.
memang oral tu lah yang membuatkan kami terus melekat. hihihi
aihh, takde gambar la pulak. ruginyaaa :(
takpe, anda bayangkan je lah, ye?
one heart one soul ni macam rancangan sehati sejiwa kat rtm1 tu.
rancangan temubual bersama pasangan suami isteri. hihihi XD

mynah, jadi juruacara lah kan. tukang penemubual.
saya, aihh, malu pulak nak cakap. hihihi
saya jadi si isteri (mrs pepper). mengandung pulak tuh! -___-"
ikat bantal dalam perut.
kontroversi kot sekejap. haha
haikal pulak jadi si suami (mr salt).
guna eye-liner lukis misai, pakai songkok
adehh, sakit perut gelak, bila ingat balik XD
susah nak gambarkan. tapi memang lawak gila.
skrip ntah apa-apa.
haha
tak sangka boleh sanggup wat camtu depan kelas.
siap ada scene nak beranak kot! aihh, maluu -___-"

haha, memang kenangan yang tak boleh dilupakan lah :)

kami suka cakap benda yang orang tak paham.
guna bahasa isyarat lah, perkataan tertentu lah
haha, untuk bergosip lah kan.

haa, yang paling penting, kami bertiga mata lelaki-an
ala, macam mata duitan tu.
tapi lelaki.
haha!
pantang ada lelaki comel sket, encem sket, mula lah. haha
kami tau kami bukan 'americans next top model'
tapi, ada kami kesah?
haha, orang tak tahu pun
kami je yang tau
kami suka bagi nama panggilan pada mereka si lelaki-lelaki
mr a, mr b, mr c, mr d, mr f, mr x, mr y
haa, ntah, dah lupa. hihihi XD
ada abu lahab, cucu betong, mbeng mbeng lah. macam-macam >.<

saya paling suka kalau kami cerita pasal sesuatu, dan gelak sampai berair mata, hidung suma. haha

kami ada matlamat untuk 10 tahun lagi.
ok, jangan anggap serius sangat lah kan.
ni main-main je.

matlamat mynah : nak jadi peneraju utama wawasan 2020, iaitu penduduk malaysia mencecah, err, ok lupa. brape ribu? aihh, malas nak check. ha, mynah nak jadi peneraju. nak kawen, beranak banyak-banyak. cuba bayangkan, kalau sekali bersalin anak kembar dua atau tiga. then, bersalin setiap tahun. then, dari umur 20 tahun. ha, nanti anak dia akan mewujudkan cucu yang ramai. cucu mewujudkan cicit. ok, dah. merapu. haha. tapi tu matlamat mynah. 

matlamat saya : aihh, kena cakap eh? malulah. hihihi XD saya tulis kat situ (buku catatan mynah) nak kawen dengan dato' atau tan sri, leh dapat modal bukak butik. haha, ok bengong gila kan matlamat?

matlamat haikal : nak pakai purdah, tudung labuh. aihh, sejuk perut mak ko. err, ok, kita tengoklah nanti. hihihi XD


hurm, mynah suka hindustan. terutama salman khan. saya, tetap adam. heee. haikal, bruno mars? ntah, bertukar-tukar laki dia ni -___-"


persahabatan kami ni, sama je lah kot macam orang lain. 
just, mungkin cara kita menghargai ni je yang lain.
bila kita hargai, baru rasa sayang :)

siyes cakap lah kan. 
tanpa tapis-tapis.
saya sayang mereka berdua :)
saya harap persahabatan kami akan berkekalan. 


-the end-
p/s : it's not the end for us lah. kita still kawan sampai bila-bila >.<

Tuesday 19 April 2011

i hate you

i hate you
i hate you because you came into my life
i hate you because you try to be my friend
i hate you because you try to be close
i hate you because you protect me
i hate you because you care about me
i hate you because you always there when i need you
i hate you because with you, i'll always feel safe
i hate you because you always by my side
i hate you because you make me smile
i hate you because you throw away all my tears
i hate you because you make me laugh
i hate you because you told me you love me

you know why?
because you are a liar.

and now, i hate you more because you make me say this
"i'm still loving you"

Sunday 17 April 2011

dup dap dup dap

bangun pagi, gosok gigi.. aihh, dah la malam tadi tidur dekat pkol 3, ni, pkol 5.30 dah kena bangun. takleh tido la malam tadi. risau pasal temuduga -.-

ok, jom jalan. lepas subuh dah gerak. takut lambat. mana tau sesat kan. dah la tak pernah pergi. 
sepanjang perjalanan nebes. aihhh -.- 

then, tibalah masanya. "selamat datang ke uitm shah alam" hati sy berbisik. cewahh. haha

alamak, ramainya orang, semua ni nak amek art and design? adehh, kecut perut. terus nak pergi tandas. 20 minit dlm tandas je, ntah buat apa ntah. haha

kami semua pun diarahkan berkumpul, bg kedatangan, dan terus masuk ke satu dewan.
aihh, nak melukis. ok, siyes cakap, susah gila nak lukis
kat tgh2 dewan tu diorg letak :
kon dan kerusi plastik, ada kain alas meja yang menutupi sebahagian kon dan kerusi.

ok, kena lukis sebijik camtu dalam masa sehari. eh, tak tak. sejam. amek kau -.-

sy pun dgn rasa penuh teruja, memulakan proses melukis. lantaklah, janji ada rupa kerusi, kon dgn kain alas meja. jgn jadi kapal selam, sudahlah, kan?
lukis kon senang je, kerusi dah susah sikit, sbb diorang saja letak kerusi tu senget. aihh -.-
then, part lukis alas meja yang menutupi kon dan kerusi tu, agak seronok. sebab sy mmg suka bab2 alunan kain, lenggang lenggok kain tu berjurai. haha, smooth je nmpaknya.
kena buat bayang2, ahh, bantai je. janji ada bayang.

dah siap lukis, hurmm, not bad jugak. aiceceh ^.^

ok, sekarang kami semua diarahkan pergi ke dewan lain pulak, bwk lukisan tu skali.

...sesi temuduga...

dup dap dup dap

masa menunggu turn, punyalah hebatt. macam dah ada orkestra dah dlm jantung ni. muzik suspen. 

tgk budak2 len yang sedang ditemuduga, ada la curi2 dgr skali. hehe
amboi, garang bukan maen pensyarah kat situ. aihh -.- risauuu

ada yang siap marah2 sebab tak prepared. tak bawak apa-apa bahan bukti kata kita minat sesuatu bidang tu. aihh, siap tnya soalan yang dasyat2 pulak tu. antara yang sy dgr "siapa pereka fesyen antarabangsa yg awak kenal?" "apa majalah fesyen antarabangsa yg awk tau?" haaa, amek kau. sy pun tak berapa tau -.- berserah je lahh

smpai turn sy. aihh
jalan je la kan, wat muka plg comel (kalo tersungkur time tu, mesti malu tak hingat)
then smpai kat dpn pensyarah tu, bg salam lah kan. eh, dia pun bg salam. serentak. then, boleh2 je jawab slm pun serentak. haha, tiba2 kami berdua gelak serentak. amboi, kemain lagi. haha
hilanglah nebes pastu, sbb tgk pensyarah ni cam leh wat kawan je. hihihi

"ehem ehem, ok, introduce dulu diri awak"
"nama saya nurul athirah binti hamzah, saya.."

tak sempat habis cakap dia dah tanya lagi 

"awak memang minat fesyen ke?"
"yup, dulu masa f4, ada dapat tawaran pergi teknik, jahitan pakaian, tapi sy tak dapat pergi, ada masalah kewangan sikit. then, teruskan je spm liran sc. tgk ni, sy tak leh bwk aliran sc"

(sy selamber je tunjuk2 dgn jari result spm atas meja tu)

sy sambung lagi 

"sebab tu, lepas spm, sy terus pergi kelas menjahit. walau camne pun, sy nak jugak patah blk ke bidang ni"
"oh, i see" 

dia senyum. haha

"kenapa awak nak jd fashion designer?"
"sebab sy nak cipta, reka baju baru. baju yang belum pernah org design"
"ok, siapa idola awak dlm bidang ni?"

"hatta dolmat!"
"kenapa?"
"sbb bg sy, rekaan dia sgt exotic. dia sgt berani mencuba sesuatu yang baru. berani bermain dgn warna, rekaan dia semua hebat. org yg tak tau seni, mesti akan fikir, rekaan dia pelik. tp bg sy rekaan dia sgt unik. sy suka tgk dress yg dia buat"
"selain dia?"

"rizalman"
"kenapa?"
"sy kagum dgn dia, sbb walaupun dia bapa tunggal, tp dia berjaya jadi ikon fashion, ada butik sendiri"
"luar negara?"

alamakkk..

"erm, jimmy choo.."
"sebab kasut dia?"
"haa, kasut dia mmg cantik hehe"

adalah adegan gelak ketawa sikit. hehe

"sy ada design baju" 

(bg dia buku sketch)

"wahh, warna warni"

pastu dia belek2, senyum2 je.
dia ada tnya latar belakang keluarga sikit2, then dia cakap

"ok, nnti boleh lah awak ubah masa depan family awak" 

smbil senyum.
aihh, rasa nak peluk2 je pensyarah tu. ok, over. haha. sukahati sy lah. lalala~

-the end-
weeee ^.^